Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀

10 Cara MOVE ON !

Views
Cik Ain Membebel Lagi..

Hai, assalamualaikum.
Bertemu lagi kita dalam topik baru hari ni. So, hari ni aku nak buka topik MOVE ON. Topik ni aku buka untuk aku dan untuk semua yang perlukan benda ni. HAHAHAHA ! entahlah, taktahu apa benda aku cuba sampaikan. Tapi ni lah cara aku. Uols boleh cuba, try, test.

TAK NAK BEBEL BANYAK-BANYAK. KITA TERUSKAN JE LAH..

1. Elakkan dari mendengar lagu sedih.





Aku rasa dalam banyak-banyak benda yang orang sedih selalu buat, benda ni lah. Suka sangat pasang lagu sedih-sedih. Lepas tu layan perasaan. Aku sendiri akui lah, yang aku pon sebahagian dari kelompok tu jugak. Dengar lagu sedih-sedih, dengar lagu yang ada kaitan dengan kisah hidup. Akhir sekali, aku salah kan orang lain sebab tak boleh MOVE ON. Tu lah aku.

So, apa yang aku cuba sampaikan dekat sini. Cuba... Cuba... dan Cuba elakkan dari dengar lagu sedih, lagu-lagu mengimbau kenangan lalu ke lagu kisah hidup ke cuba lah elakkan kan. Sebab bagi aku benda tu menarik kau ke alam kesedihan. Hah, gituw kau. Aku dah cuba tips ni. Dan berkesan. Sekian testimoni dari saya.

2. Jangan bersendirian.

Yang ni pun aku rasa perkara yang kau perlukan gila-gila untuk hidup bahagia. Aku tak kata bersendirian tu salah. Kadang-kadang kita kena jugak bersendirian. Lagi-lagi kalau kau da rasa semak dengan orang sekeliling. HAHAHA ! kasar jugak ayat aku. Aku rasa tips ni berkesan sebab kalau kau sedih and then kau duduk sorang-sorang, aku rasa kau akan makan hati kot. Lepas tu nanti kau dah takde hati. BAHAYA ! Sebenarnya, bila kau bersendirian bila kau sedih, akan ada something yang membuat kau kenang kembali sesuatu yang kau tak patut kenang pon. Sampai satu tahap kau murung gila and kau boleh dibayangi. Maksud aku macam kau dihanyutkan/dibawa oleh bayang yang tak wujud. SERAM BUNYINYA !

Tapi benda simple ! Hidup cuma sekali. Jangan bagi 90% dari hidup kau dipenuhi dengan rasa sedih dan kecewa. Tu je aku mampu cakap.

3. Sibukkan diri



Hah, yang ni cliche. Kau tanyalah makcik tepi jalan "tips-tips nak move on". Mesti dia jawab "Sibukkan diri" punyalah. Aku taktahu kenapa aku setuju dengan tips ni. Tapi aku akan bagi pendapat aku. OK, bila kau busy kau memang dah takkan ada masa untuk fikir benda lain. Tapi, kalau kena elakkan dari buat benda yang boleh bagi kau tekanan. Nanti kau gila pulak.

4. Tidur awal.

 *Nasihat daripada seorang sahabat*

Tidur ni penting untuk rehatkan fikiran kau setelah berjam-jam kau berfikir. (tu pun kalau kau berfikir). Ok, tidur awal ni penting tau untuk kau move on sebab kalau kau tidur, takde lah kau nak layan-layan perasaan kau tu. Jiwang-jiwang, tangkap leleh apa bagai semua tu. Takyah la. Tidur je. Tidur.

Mesti ada yang cakap macam "kau cakap senanglah. Tidur awal. Ingat senang ke nak tidur kalau kita asyik fikirkan sesuatu ?". Ya, TAK MUDAH ! Aku pernah hadapi benda ni. Tapi aku cuba jugak untuk tidur dan berharap dengan tidur aku boleh lupakan semua. Tapi, bila tengah cuba untuk tidur air mata memang tak henti mengalir. Bila da tidur pulak, asyik mimpi je. Lepas tu tiap-tiap jam terbangun. Haihhhhhhhh. Tapi, tidur awal ni elok. Sebab bila kau tersedar tengah malam, kau boleh bangun  buat solat sunat. Allah lebih faham perasaan kau. Ceritalah semua kepada Dia. Dia sentiasa ada.

5. Tenangkan fikiran sebelum tidur.

Sebelum nak tidur, tenangkanlah fikiran tu. Cara aku, aku selalunya dengar sesuatu yang menenangkan. Contohnya Asmaul husna (Asmaul husna - Ryan Ho). Lepastu baca lah apa yang patut, baca doa tidur and aku akan tertidur sendiri. Kenapa aku pilih asmaul husna ? sebab bila aku dengar dan hayati betul-betul, aku akan rasa yang aku tak perlu sedih. Sebab aku sentiasa ada DIA dan DIA sedang melihat aku dan juga dengar tangis aku.

6. Elakkan sesuatu perkara yang buat kau ingat dia.



 "Perkara apa yang kau buat bila kau rindukan seseorang ?"
"Aku akan pergi ke satu tempat yang pernah aku dan dia pergi dulu. Dan biarkan kenangan membawa aku."

Aku rasa kau tak payah kot nak biarkan kenangan yang menyakitkan tu hanyutkan kau. Kau tahu benda (ingtkan sesuatu yg da pergi) tu sakit. Tapi kau buat jugak kenapa ? sebab kau rindu ? Tak doh, aku rasa cara ni salah. Aku tak faham macam mana kau boleh hidup terus dalam kenangan yang sakitkan kau. Tapi kalau aku, aku akan elakkan.

Contohnya, lagu kesukaan dia. Lagu yang dia selalu nyanyi. Aku akan elak dari dengar lagu tu. Walaupun tiba-tiba dekat radio keluar sekali pon aku akan tukar. Tak pon aku nyanyi lagu lain dalam hati. Kalau kawan-kawan aku nyanyi lagu tu sekali pon aku suruh dia diam or aku yang blah. Jujur, benda ni sukar. Sebab lagu tu popular. Tapi aku tak boleh hidup dengan kenangan yang macam ni. Setiap kali lagu tu di mainkan, aku akan sedih. Lagu tu tak salah pon. Cuma aku yang sensitif sikit. Tapi, percayaah, bila semuanya dah ok. aku dah takde hal nak dengar lagu tu ulang-ulang kali. Sebab lagu tu memang BEST ! Yang buat dia tak bestnya sbb ada 'cerita' disebalik lagu yang aku tak boleh nak terima.

7. Dekatkan diri pada Allah. 




Dalam banyak-banyak tips, aku rasa yang ni yang akan buat aku lagi kuat untuk bangkit. Dulu ada sorang bro ni selalu nasihat "Apa pun yang kau buat, apapun yang jadi, bila kau lemah, kau jatuh, kau sedih ke apa. Jalan terbaik adalah dekatkan diri pada ALLAH."

Kita sebagai manusia memang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan Allah tak pernah jemu mengampunkan hambanya. Carilah Dia, Dia selalu ada disaat seribu orang tinggalkan kau. Mintalah pada Dia apapun. Ceritalah segalanya. Hanya Dia yang tahu segalanya.

"Jika bukan dia cintaku ini. Ambillah kembali dari hati"
"Kerna cinta sekuat manapun takkan melepasi CintaMu yang Suci" - Langit cinta

8. Buat sesuatu yang menggembirakan.

Kalau yang ni, aku selalunya akan berlajar make up dekat youtube sambil conteng-conteng muka aku. Lepas tu selfie acah-acah model gitu. So, jangan tanya lagi kenapa aku tiap minggu make up tapi tak keluar rumah pon. huhuhu. Tak pun, dengar lah lagu yang boleh buat kau happy.

Aku suka dengar lagu ni: Siti Nurhaliza - Segala perasaan.
Lagu ni buat aku rasa bahagia.

9. Jangan buka topik tentang dia.



 Bila orang sebok dok tanya kau pasal ex kau. Senang je jawapan kau

"eh siapa tu ? Sorry tak kenal lah."
"Entahlah wei. Aku lupa semua pasal dia"
"Takde yang istimewa tentang dia yang aku kena cerita."

Buatlah setiap kali orang tanya. Aku tak yakin berkesan kalau dalam diri kau takde usaha untuk lupakan dia. Tapi kalau usaha, sikit-sikit kau akan jadi tak kesah.

10. Block / Hilangkan jejak.

Orang kata, orang tak matang je yang block ex. Bagi aku, SUKAHATI aku lah nak buat apa pun ! Taklah, sebenarnya, ikot cara kaulah nak buat macam mana pon. Tapi ni cara aku. Habis tu, dah dia block aku dulu. Aku block lah balik. Sebab bagi aku, aku tak suka ex aku jadi kawan aku. SEMAK ! Kalau dia tak nak aku, aku pon 10000000000000 kali tak nak dia. Bagi aku benda yang dah berlalu, biarkan berlalu. Walaupun tak semudah kata, tapi lama-lama nanti eloklah.

Niat aku buat benda ni sebenarnya sebab aku percaya yang semua orang ada cerita dia sendiri. Cerita yang aku taktahu, cerita yang orang lain tak tahu. Macam tu jugak aku. Tapi carilah kekuatan tu dalam diri kau sendiri. Ada, kau je tak nampak. Lupakan semua yang da pergi, yang dah tak ada untuk kau. Jangan bazirkan lagi masa kau untuk orang yang tak hargai kau. Sepatutnya kau bersyukur sebab dijauhkan dari orang yang macam tu. Akan ada benda baru yang muncul dalam hidup kau. Yang akan buat kau bahagia. Percayalah, setiap apa yg jadi ada hikmahnya. Buat baiklah untuk dibalas baik.

Ini nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi.
& Thanks Askfmers yang jawab soalan sayaaaa.... muahhh



Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*