Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀: Julai 2017

KEPERCAYAAN

Views
Cik Ain Membebel Lagi..



Kau percaya tak dekat aku bila aku kata yang tingginya nilai KEPERCAYAAN TU ?
Semua orang ada kepercayaan yang dia beri pada orang lain. Dengan kata lain "orang yang dia percaya". Tapi sayangnya tak semua kepercayaan tu dihargai dan ada juga yang disalah erti.

Aku bagi contoh terdekat. Benda ni jadi dekat aku dan banyak aku jumpa benda ni jadi. Tapi tak tahu la kau yang baca ni sedar ke tak.

Ok, macam ni.Pernah tak pasangan korang guna ayat "Dalam hubungan mesti ada kepercayaan. Tak sampai mana hubungan kalau tak ada kepercayaan". Something like that la. Ok, dalam hidup aku, selalunya lah kan. Orang yang guna ayat ni (lg2 waktu tngah gaduh) dia 'tengah menipu'. And thats y dia guna ayat 'PENTINGNYA KEPERCAYAAN'. Aku tak kata semua orang macam tu la. Srsly, aku tak kata ! Tapi dalam hidup aku, aku kena macam tu. Entah lah. Mungkin kepercayaan tu disalah erti ? Apa entah dia maksudkan dengan PENTINGNYA KEPERCAYAAN dalam keadaan dia tengah menipu. Tapi dalam situasi tu, aku tak percaya dia pon. Sebab dah terang-terang dia tipu aku. Aku cuma pura-pura percaya je sebab kononnya tak nak hilang orang yang aku sayanglah kan. Akhirnya, dia tinggalkan aku sebab dia da ada orang lain.

*Moral of the story:
Jangan percaya orang. Walaupun kau sayang dia. HAHAHA
Jangan bodoh macam aku ya.. kk bye*



Sabar jap, aku tak habis lagi ni.
Kepercayaan memang sesuatu yang penting dalam hubungan. Tapi janganlah disalah erti. Kalau orang tu dah percaya dekat kau, janganlah musnahkan kepercayaan dia. Janganlah guna ayat KEPERCAYAAN tu untuk menutup segala PENIPUAN kau. Nak dapat kepercayaan tu sekali je. Sekali kau musnahkan, benda dah tak jadi apa. Sama macam hati jugaklah. Sekali kau lukakan, parutnya sampai bila-bila. Rapuh.. Macam kau jugak..

Lagi satu, MAAF. Lepas da jadi semua benda ni. Apalagi ? Mintak maaf lah kan. Tapi tu la, mintak maaf tu senang je. Aku pun boleh buat. Tipu orang sana-sini. Lepastu, mintak maaf. Senang. Tapi, nak lupakan tu yang tak semudah kata.*ayat ego*



Ramai orang nasihat aku "MAAFKAN, IKHLASKAN, REDHA. INSHA ALLAH, KETENANGAN MILIK KAU".

And ya, aku percaya semua yang jadi tak ada yang kebetulan. Semuanya ketentuan. Allah dah atur perjalanan hidup kita seindah-indahnya. Setiap yang jadi, ada hikmahnya. Allah maha ADIL. Yang baik, dibalas baik begitu juga yang sebaliknya.




Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


Sampah

Views
Cik Ain Membebel Lagi..





SAMPAH..
Pernah tak kau rasa macam kau sampah sangat ?
Maksud aku macam kau ni tak ada guna. Tak ada nilai. Ataupun orang buat kau ni macam bukan manusia yang ada jiwa, ada perasaan. PERNAH TAK ?
Ok, topik hari ni bukan aku nak sama kan aku/kita dengan sampah. Tapi sebab aku pernah rasa orang buat aku macam sampah dan aku rasa semua orang pernah rasa. Nasib kita mungkin nampak sama. Tapi, jalan cerita kita berbeza. Peritnya rasa, Tuhan lebih tahu. Luaran pulak nampak je kental gila. Kena tembak dengan kata kutuk hina masih lg teguh berdiri. Tapi, hati... rapuhnyaaa. Nangis juga mengadu pada Allah.

Dulu waktu sekolah rendah darjah 4/5/6 aku rasa paling kuat rasa  SAMPAHnya melekat. Bila aku fikir balik macam mana aku boleh survive tah waktu tu. HAHAHA ! Aku tak pernah terfikir aku boleh seteguh tu. HUHU !

Waktu darjah 4 dulu aku pernah kene PALAU satu kelas. Aku ingat lagi ! tak ! Bukan mengungkit tau.. Tapi, INGAT ! Waktu tu aku ada sorang je kawan yang memang rapat gila. Tak boleh hidup tanpa dia senang cerita. Pergi sana sini memang berdua je. Sampailah orang ketiga ni datang. Mula-mula aku nampak dia alone. So, aku ajaklah rehat sama-sama. Lama-lama dia tarik BFF aku tu tinggalkan aku. Waktu tu terluka jugaklah. Macam kena curang je. huhu. Lepastu entah macam mana dia cerita kat semua orang yang aku ni TAK BAIK lah apalah. Last2, semua tak suka aku. Survive sendiri aku wei time tu. Sebulan jugak hidup dalam keadaan orang sekeliling tak suka. Sampai satu hari ni ada manusia baik yang baikkan balik nama aku. Aku masih ingat dia cakap "Aku tahu bukan salah kau. Aku tahu kau baik. Aku nak kawan dengan kau. Aku nampak kau sorang je.".. *rasa nak menitik air mata time tu*


Kisah kedua waktu tu darjah 5. Masa ni cikgu pisahkan aku dari kawan-kawan aku. Aku kena duduk sebelah budak laki yang aku entahlah.. Tak kenal. Tapi classmate time tu. Kenapa aku rasa SAMPAH bila duduk sebelah dia ? Sebab dari mula lagi bila cikgu suruh aku pindah duduk sebelah dia, dia dah buat muka loya. Macam tak suka. Macam jijik. Macam hina sangat !! Tapi waktu tu aku okay lagi. Aku terima lagi sebab aku sedar aku tak lawa. So aku redha apa adanya aku. Hah, gituw beb. Tapi aku tak tahan bila setiap kali sampai kelas nk letak beg je dia da mengeluh tarik meja dia jauh-jauh dari aku. Apa salah aku pun aku tak tahu. Lagi aku rasa hina sehina-hinanya bila aku nak bagi kertas dekat dia, dia tarik gituw je. And then, jeling. Fuhhh... dengan perempuan lain elok je layan. Gelak-gelak lagi. Dengan aku macam najis.



Yang ketiga ni tahun yang sama. Tahun 2009. Yang ni kali pertama aku dimalukan depan orang ramai. Aku masih ingat nama-nama dan wajah2 orang yang ni. Tapi, aku tak nak lah sebut2. Benda da lepas pun. Cuma aku masih teringat-ingat. Waktu tu aku TER CRUSH (artis barat) yg sama dengan sorang akak ni. Kira akak ni minat artis yang sama. Hobi kiteorg pun sama. Dulu mana ada google image ni popular sangatkan. Dapat gamba artis tu pon dari surat khabar/majalah. Gunting and tampal dalam satu buku khas. Waktu aku tahu dia ada minat yang sama dengan aku, aku pon cam nak kenal2 lah dengan dia and tunjuk gambar tu semua dekat dia. Tapi, entah maybe dia rasa aku nak show off kat dia. NAK TAHU APA DIA BUAT ?

OK, dia masuk kelas dia and dia cerita dekat kawan-kawan dia. Lepastu, dia datang balik kelas aku dengan sorg kawan dia. Akak pengawas. Waktu tu yang bercakap dengan aku cuma akak pengawas poyo tu je. IDK, kenapa tah aku lebih geram dekat akak pengawas yang takde kaitan dengan hidup dan mati aku ni. Tapi dia lah jugak yang malukan aku depan kawan-kawan aku. Aku ingat lagi cara dia cakap dengan reaksi wajah dan segala yang dia buat. Waktu tu dia pegang gambar artis yg aku minat tu and then, dia tunjuk aku and kata "Kau nampak ni ? Kau sedar tak diri kau ? Kau pergi balik rumah lepastu cermin muka kau tu dulu. Kalau nak dibandingkan kau dengan kawan aku ni. Dia lebih layak dari kau. Dia pandai english, kau tak pandai" entah apa tah dia cakap. something like that lah. Dia cuba sampaikan yang aku ni BURUK dan TAK PANDAI. Tak layak minat orang macam tu and kawan dia lebih layak. HAHAHA!  Lepastu dia koyakkan gamba retis tadi and campak dekat muka aku. HARHAR! Semua orang tengok beb. Macam WOW ! Aku terdiam waktu tu. Sebab benda memang aku tak sangka akan jadi sampai macam tu.



Kisah keempat ni pulak, waktu ni aku darjah 6. Darjah 6 pun kene buli wei. Dengan junior pulak tu. Tapi kisah kali ni yang paling aku rasa aku takkan lupa sampai bila-bila. Sebab dia fitnah aku bukan-bukan. padahal aku layan dia baik gila. Benda sampai aku gaduh dengan satu kelompok junior lain. Padahal budak-budak tu pon salah faham.

Dipendekkan cerita budak ni tetiba datang kat aku waktu rehat. Dia cakap dekat aku yang ada budak kelas dia kata aku ni buruk muka berjerawat tak sedar diri. Okay, waktu tu bengang gila. Aku tanya siapa budak tu. Dia pun tunjuk. And then dia pergilah dekat budak tu. Dia cerita2 buruk psl aku. Tapi cerita tu tak betul pun. Sumpah aku geram gila dengan pompan ni kerja nak menfitnah je. Pastu mak dia pulak jenis anak baik gila. Ahli syurga kononnya. Padahal da fitnah ramai orang. GERAM GILA !!

Kelima, waktu ni tingkatan satu. Aku tak faham kenapa orang yang aku tak pernah usik life dia, suka sangat ganggu life aku. Tahlah. Kebanyakkan banyak sentuh pasal wajah aku. Buruk katanya. Okay, aku buruk. Kau lawa. Kau hensem. Amek kemenangan dan bawak masuk kubur. Aku tak heran ! Gila tak heran ? Hari-hari masuk kelas je mesti ada orang perli-perli "eh tengok budak tu dah masuk kelas. Bajet lawa. Bajet hot. puihhh". TIAP HARI WEI ! TIAP HARI ! Entah salah apa aku buat pun aku tak tahu. Rasa hina sangat.

Keenam pulak, tingkatan 2. Yang ni kali kedua aku dimalukan depan orang ramai dan DUA KALI ok bukan sekali. Budak-budak ni dari kelas bawah. Dalam perjalanan balik dari makmal nak ke kelas. Aku kene kepung dengan sekumpulan pelajar yang aku tak kenal. Tiba-tiba ! aku sorang je time tu. And then, ketua dia ckp apa "eh dia ni ke yang yang kata tu ? BAPAK BURUK SIYAL ! HAHAHAHAHAHAHAHA DA LAH GEMOK! HAHAHAHAHA". OK, pastu aku blah.

Esoknya dekat tempak nak amek air wuduk. Geng yang sama, beza orang je. Ayat yang sama. Tapi kali ni lebih ramai orang. Hmmm ya, aku buruk. SO WHAT ?



Dan Akhir Sekali, pernah tak kau rasa yang kau dah treat someone better. Tapi dia tak hargai kau. Dia tipu kau. Dia curang. Itu apa yang aku rasa sekarang. Sebulan telah berlalu. Hati dah berparut dah pun. Luka da kurang sikit. Tipu lah kalau tak terkilan dan kecewa bila kene macam tu. Dah sayang betul-betul tapi dia buat mainan. Aku cuma mampu kata yang dunia ni berputar. Apa yang kau bagi dekat orang. Itu yang kau akan dapat balik. 

Aku tak menyesal untuk duduk diam bila semua ni jadi. Cuma ada masa aku PERLU protect diri aku sendiri. Sebab aku adalah satu-satunya manusia yang sedar diri aku ni adalah manusia yang ada hati. Orang lain tak. Dengan kata lain, kalau bukan diri sendiri pertahan diri. Siapa lagikan ? Dan setiap kejatuhan, aku bangkit sebab hari esok masih ada, masih ada peluang. Allah selalu bagi peluang. Banyak. Walaupun aku selalu minta peluang pada manusia. Salah aku, berharap lebih pada manusia. Akhirnya aku kecewa.



Terlalu banyak peluang dan pilihan yang DIA beri pada kita. Maka, GUNA dan PILIHLAH sebaiknya. Tapi, kalau pilihan kita tak sama dengan pilihan DIA. Janganlah sedih. Sebab cuma DIA yang tahu apa yang TERBAIK untuk kita. Dia tak pernah lupa beri apa yang kita perlu. Ada masa dia beri apa yang kita minta, yang kita mahu. Sementara. Kemudian Dia ambil balik dan ganti dengan yang lebih baik.

Sama seperti Dia pinjamkan kau dalam hidup aku. Sementara je. 22/6 hari tu Dia pisahkan kita.

Alhamdulillah,
Aku jauh dari orang yang tak tahu menghargai :)


Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


Tak sama

Views
Cik Ain Membebel Lagi..  


Pernah dengar tak ?
Orang selalu kata. Apa yang kita semua rasa, tak sama.
Rasa apa ?
Rasa dalam hati.
Rasa beratnya dugaan.
Rasa beban yang ditanggung.
Rasa sakit.
Rasa sedih, lemah, kecewa dan semuanya.

Ada orang kata "Alaaa, benda kecik. Aku kena lg besar. Tp tak lemah macam kau".

Kalaulah luka dihati boleh dilihat. Pasti kau tahu betapa kejamnya manusia.

Kalau kau dapat melihat masih basah luka dihati aku, kau akan biar aku menangis sendiri sebab kau tahu perit rasanya biarkan hati bernanah. Sedangkan membasuh luka dikaki pun pedih. Inikan pula dihati.

Tak apalah. Perlahan-lahan aku basuh luka. Nanti dia hilang. Nanti dia kering. Nanti aku kembali. Tapi, bukan hari ni.

Aku bukan tak cuba.
Separuh mati aku dah cuba. Melawan perasaan yang entah apa-apa. Sedih dan marah saling bertengkar.

Sudah-sudahlah tu,
Aku penat.
Aku nak tidur.

Sudahlah,
Tak payah susah-susah pujuk aku.
Aku OK je.
Nanti kalau kau nampak aku kurang OK. Ingt satu ni "kejap lg aku OK. Tp, bukan sekarang".

Kalau kau faham yang segalanya tak semudah kata, berhentilah dari memaksa. Aku cuma perlu masa. Dan cari diri aku semula.


Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*