Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀: Ambil semula

Ambil semula

Views

Cik Ain Membebel Lagi..


 
Keliru,
Perasaan ini saling bertengkar. Buat aku keliru.
Melihat engkau berlalu pergi.
Mahu benci atau rindu ?
Jika engkau ditempat aku,
adakah kau ketawa melihat tempatmu diganti ?
Aku keliru.

Pergi,
Jauh di sudut hati masih lagi tidak pergi rasa itu.
Bukan sayang. Tapi, sakit.
Bukan kerana dia. Tetapi, kenangan.

Aku tak pernah membiarkan rasa sakit itu menjadi lebih parah.
Setiap bangun pagi aku disertakan doa dan harapan
Senyuman menjadi teman.
Ya, aku redha.
“Pergilah, kau berhak memilih bahagia.” kata hati.

Dan disetiap malam aku,
Masih lagi ada doa dan harapan.
Tapi senyum itu pudar.
Bila air mata mula membasahi.
Hati ini rapuh.
Ya, rapuh. Seperti aku dan kamu.
Senyuman tak lagi setia bersama aku.
Disaat semua sedang nyenyak tidur.
Tangis menjadi teman yang paling setia.

Disetiap titis air mata yang jatuh, terselit doa-doa.
Doa seorang yang disakiti hatinya.
Doa seorang yang hancur harapannya.
Doa seorang yang hilang senyumnya.

Nak tahu apa yang aku minta pada sang pencipta rindu ?
Disaat engkau sedang nyenyak tidur.
Disaat engkau sudah memiliki yang lain.
Dan disaat aku mula rindu.
Aku minta supaya Dia ambil kembali engkau dari hati aku.
Aku minta Dia ambil semula.

4 ogos 2017
9:47 PM



Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


0 0 Comment: