Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀: 2017

PARAH

Views
Cik Ain Membebel Lagi..

Assalamualaikum STALKER ! HAHAHAHA ! Nahh, ni entri aku yang ketiga untuk tahun 2017 kalau tak silap aku. Thanks sebab tak buta huruf lagi untuk baca blog tahpape aku ni. Yang tak sudi baca tu tak apalah. Aku sedar yang aku ni hanya seorang yang suka membebel sorang-sorang.

GAMBAR HIASAN

Pertama sekali aku tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali ni. Sebab entri kali ni aku bawakan khas untuk someone. Dan aku rasa aku akan letak tajuk blog ni lepas habis jari jemariku menari-nari diatas keyboard ni. Actually kan wei. (Ye wei. Aku suka ber WEI-WEI.) Aku sebenarnya tertarik nak buat entry ni lepas aku dengar lagu Kangen Band - Kembali Pulang. Ada satu lirik dia yang macam ni :

"Wajahmu mengingatku dengan kekasihku dulu.
 Wajahmu mengingatkanku dengan masa laluku"




GAMBAR HIASAN

Someone yang aku maksudkan dekat sini adalah orang yang berjaya buat aku ingat balik masa lalu aku. Aku sebenarnya pun tak kenal dia ni. Tapi macam manatah boleh TER nampak pulak gambar dia dan TER ingat pulak dekat orang pada masa lalu aku. Aku ni pulak spesis manusia kaki stalker. Suka scroll FB and IG. Lepas tu tahu-tahu je jumpa. Aku ada follow budak ni dekat instagram. And then, dia follow back. Rasa macam WOW, seronoknya dia followback ! HAHAHA ! *Padehal tak kenal tu*. Lepastu aku suka sangat jadi PENGELIKE SETIA dia sebab aku nak dia sedar kehadiran aku.

Aku takdelah sampai LIKE gamba yg dah berkurun. Nanti nampak sangat aku STALK dia. Euw, aku takdalah kata aku suka dia sebab muka dia macam 'seseorg' yang aku pernah sayang ke apa. Cuma rasa berminat untuk jadi kawan dia. Tapi tak apalah. Aku sedar dirilah. HAHAHAHA ! Memang betul aku tak patut ganggu hidup orang lain hanya disebabkan wajah dia dan gaya dia sama. Hanya disebabkan aku rindu pada masa lalu aku dan pada orang yang bayangnya dah tak kelihatan lagi. OK STOP ! Aku bukan nak buat entri sedih ! Walaupun kenyataannya adalah yang sebaliknya. HAHAHAHA !

GAMBAR HIASAN

Andai kata salah seorang dari uols ni adalah 'dia' yang aku maksudkan ni. Janganlah block weh ! Aku sebenarnya nak cari ig orang lain. Terjumpa IG kau pulak. Alang-alang da jadi macam tu aku pun FOLLOW lah dan teruskan kehidupan aku seperti hari-hari biasa. K, merepek dah ni.

Wei...
"Doa adalah jalan terbaik untuk kita luahkan rasa rindu kita pada seseorang..kan"

*K, ni tetibe.




Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


Be Yourself !

Views
Cik Ain Membebel Lagi..

Hai selamat malam semua.. Sekarang dah pukul 2.25 pagi buta wei.. Aku suka waktu-waktu macam ni. Bukan sebab Tetiba dapat idea nak buat entry ni. Bukan.. Bukan.. Dah lama dah terniat nak buat entry tajuk ni. Cuma malas je. Waktu-waktu macam ni lah seronok. Tenang, sejuk, takde org ganggu nak berblog sambil-sambil dengar lagu jiwang karat. fuhh sonok weh !


GAMBAR HIASAN

Cam biasalah intro memang bosan. Aku bab buat intro2 nilah payah sikit. OK, tajuk hari ni BE YOURSELF ! Kenapa ya *tanda soal* (sekali lg aku ingatkan tanda soal aku tak berfungsi). |Aku dapat idea nak bukak topik ni actually sebab semalam kawan aku ada WA (whatsapp) aku satu gamba yang dia screenshot. Gambar satu account insntagram yang viral sebab attitude budak tu la. Aku tak nak cerita pasal budak tu ke akaun ig dia ke. Tapi aku nak cerita pasal satu komen ni yang aku rasa aku tak setuju. Ni pendapat aku la. Sebab aku nk cerita ni pun berdasarkan apa yang aku rasa. And topik ni pun terbuka. Bukan aku tuju kat sesiapa pun. Ni cuma pendapat aku la. Pendapat uols mungkin lain. So, sorry kalau terasa sebab aku kata lagi sekali aku memang tak tuju dekat siapa-siapa.

Komennya berbentuk macam.. Cewahh kau.. 

"Jangan layan. Buat taktahu je. BE YOUSELF!"

Ok, ayat ni mungkin OK kalau kau bg dekat tempat yang SESUAI. Tapi kau komen dekat satu gambar viral yang aku rasa gambar tu mengAIBkan. Lepas tu kau tujukan dekat owner gambar tu pulak tu. And then bawah tu, dekat ruangan komen gamba td tu banyak lah orang bash la bagi nasihat apa semua. Yang nasihat tu pun satu hal. Tak salah nak nasihat. Tapi jangan sampai memalukan. Ni sampai nak memaki hamun apa tu semua. Haihh, lari topik dah..

GAMBAR HIASAN

Jadi diri sendiri tu tak salah tau. Lagi bagus kot aku rasa. Tapi kalau kau ada satu sikap yang tak baik lah contohnya. And orang lain tegur. lepastu pulak kau boleh balas dengan ayat "aku cuma jadi diri aku sndiri. Malas nak FAKE !". Pelik lah! Perlu ke kekalkan sikap buruk tu.. Jap, aku bagi lg satu contoh lah ye.

Contohnya, kau pergi makan kat luar dengan kawan-kawan. Lepastu kau makan gelojoh. Dengan kaki atas meja lah apalah (contoh ya). And then, kawan kau tegur supaya makan sopan sikit. kau pun balas lah "Lek lah ni lah diri aku. Aku nak jadi diri aku sendiri. Buat apa acah2 ayu. padehal FAKE. Jadi diri sendirilah. kan lebih bagus". Ok, jadi diri sendiri tu bagus. Tapi kalau dah sikap kau tak sopan sampai kaki naik atas meja tu lainlah cerita dia.

GAMBAR HIASAN

Kita ni sama-sama manusia wei. Kau buat salah, aku pun buat salah. Kau buat salah, orang tegur kau. Aku tegur kau. Aku buat salah, kau tegur aku, orang lain pun boleh tegur aku. Kita sama-sama berubah jadi lebih baik lah. Sikap positif yang ada dalam diri boleh je dikekalkan. Yang negatif tu kalau boleh buang jauh-jauh. Buat apa nak simpan kan..kan.. Orang tegur kita sebab kita buat salah. Ambillah sebagai pengajaran.

Sekian saje nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi..

Sental sikit ye button LIKE atas entry ni dan jangan lupa bagi REACTION dekat bahagian sebelum kotak komen. TICK je. Thank you !!






Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


Makeup semata nak selfie *tanda soal*

Views
Cik Ain Membebel Lagi..

Hai dan selamat malam semua. Ini merupakan post pertama Ain dalam tahun 2017 ni. Fuhh, awkward siot. Setelah sekian lama aku menghilangkan diri dalam dunia blog ni terasa nak hidup balik lah senang cerita. Aku ni orangnya suka bercerita. Bila rasa tak ada yang mendengar aku cerita ni bolehlah aku bebel2 dalam blog lama aku ni. Ok, blog ni sejak 2010. Memang lama. Tapi owner dia pun muda lagi dan masih merangkak lg untuk jadi yang lebih baik. Jadi, andai kata aku tu ada salah tulis ke apa boleh tegur orang kata tu PM tepi. Dekat sidebar kiri tu ada cara2 nak contact aku.

Ok, tajuk dia sekarang ni sebenarnya soalan. Tapi sebab "tanda soal" aku rosak. Terpaksa lah aku buat macam tu.  HAHAHA ! Actually baru2 ni ada kawan aku komen dekat satu gamba baru yang aku post kat ig. Komennya lebih kurang macam tajuk besar entry ni. and aku rasa ramai fikir aku ni makeup sebab nak selfie je. ok ni jawapan aku..

Sila hadam..

 GAMBAR HIASAN



Pertama sekali, aku ni perempuan yang obses dengan mekap. Dan aku bukannya pro pasal mekap2 ni jadi aku perlu practice banyak kali.

Kedua, aku selfie sebab aku makeup. Bukan makeup sebab nak selfie. Nampak tak *tanda soal* beza kan *tanda soal*. Ok, cukup menyiksa sbb tanda soal je. HAHAHA.

So, dekat sini aku just nak bagitahu yang aku selfie dan makeup sebab aku nak tengok ada  improvement ke tak and then aku upload la kat ig bukan untuk tarik perhatian orang mahupun dikutuk. Dan aku nak cakap yang takde orang suka bila dikutuk disindir. Tak tahu lah kalau uols suka.. Tapi i tak suka.

GAMBAR HIASAN

Aku tak kisah kalau kau nak cakap aku FAKE. Kening Fake ke apa ke sukahati. Tapi  kau scroll balik ig aku tu smpai habis. ADA TAK AKU POST GAMBA AKU WITHOUT ANY MAKEUP YG TERTEPEK KAT MUKA *tanda soal* ! Jawapan dia.. ADA ! Kat situ cukup kot aku tunjuk muka sebenar aku. Kau nak aku ori macam mana lagi aku pun tak faham dah. Aku sikit pun tak malulah nak up gamba aku tanpa mekap. Lagi selesa. Tak terniat pun dalam hati ni nak mekap sebab nak tarik perhatian lelaki. Tak pon !

Nak cantik tu YA lah. Siapa je yang tahan kene hina sebab buruk.. Aku dah lali dah dengan benda2 macam ni. Sejak zaman sekolah lagi setakat kutuk hina ni da jadi macam morning wish aku. fuhh.. kau rasa kau boleh tahan ke bila ada orang cakap kau buruk. takde siapa nak kawan dengan kau.. hmm Penat jugak la cuba tutup mulut orang dari mengata kita ni. Terlupa pulak yang kita ni tak boleh nak tutup mulut orang. Dan jangan lupa kita manusia. Apa hak kita untuk menilai orang kan..
GAMBAR HIASAN


Ok, macam dah masuk topik lain. Sebenarnya tadi aku nak bg penjelasan pasal soalan td mula2 tu Mungkin la kan yg tanya soalan ni cuma nampak aku selfie belakang langsir rumah je. Yang aku selfie belakang langsir rumah tu semua sebab aku baru lepas habis belajar mekap dr youtube. Rasanya cukup kot penjelasan ni.

Terima kasih kerana baca dan faham.
Jangan lupa sental sikit button LIKE dekat bahagian atas entry ni. Amboii, kalau retis tu laju je.


Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*