Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀: Love yourself

Love yourself

Views
Assalamualaikum.
Hari ni aku terbuka hati nak buat satu entri yang aku harap dapat membantu diri aku dan sesiapa yang sudi. Sejak dua menjak ni ramai tanya "Macam mana nak MOVE ON?!". So, aku buat entri ni bukan untuk share tips move on. Tapi untul bebel tentang pendapat dan pandangan aku. Ceh, gituw. 

Ni entri 10 cara aku move on >> KLIKHERE <<

Kau tahu tak apa tu move on ? Aku taktahu. Tapi bagi aku move on bukan sekadar LUPA. Move on ni bila kau dah dapat terima kebenaran yang sesuatu tu dah berlalu dan kau berlajar dari situ. Then, bila orang tanya masa lalu kau and kau jawab "aku dah move on. Aku dah lupakan semua tu" cis, PENIPU ! Kau takkan pernah lupa pun perkara tu. Makin hancur hati kau, makin susah kau nak lupa. Mana ada orang boleh padamkan masa lalu. Takde ! Kau cuma boleh TERIMA apa yang dah jadi dan teruskan hidup yang lebih baik. 

Jangan risau tentang yang pergi, sebab yang patah akan tumbuh. Memang tak sama. Tapi akan datang yang lebih baik.

Kalau kau rasa dia bukan yang terbaik untuk kau. Biarkan dia pergi .. Atau kau yang pergi. Kenapa aku kata macam ni sebab dulu aku pernah genggam sekuat hati. Aku sakit sendiri. Aku teguh. Konon gagah, tak nak lepas. Makin aku genggam, makin sakit. Akhirnya, aku lepaskan. Mengalah tak bermakna kalah kan ? Jadi, aku mengalah. Buat apa pertahankan lagi sesuatu yang sakitkan kita ? Sedangkan kita boleh lepaskan dan dapat yang lebih baik.

Hidup ada diantara dua pilihan.
Ya, tidak.
Pilih yang terbaik.

Dulu aku selalu kata yang aku takkan tinggalkan sesiapa. Sebab 'ditinggalkan' tu sakit. Mungkin waktu tu aku masih budak. Tapi makin meningkat usia. Aku belajar yang ada sesuatu perkara kita tak perlu stay kat situ. Perkara tu ialah perkara yang menyakitkan.

20 tahun hidup. Masuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sambung belajar ke peringkat paling tinggi pun tak ada orang yang ajar cara sayang diri sendiri. Sebab semua tu bermula dari diri kita sendiri. Kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa nak sayang kita ? Kalau kita tak protect hati kita, siapa lagi ? Sebab yang selalu ada dengan kita, yang harungi liku kehidupan bersama adalah kita sendiri. Orang lain takde. Sebab tu aku suka katakan "belajar sayang diri sendiri sebelum kau sayang orang lain".

Pernah dengar pasal cinta mati. Padehal tak kahwin lagi pun. Sebab kena tinggal je sanggup buat benda bodoh. Adik-adik kena baca ni. Darling, This is NOT LOVE ! Yang sanggup buat benda bodoh tu, ugut-ugut apa semua tu kita sebut OBSES. (Betulkan aku kalau salah). Kalau kita sayang orang tu kita akan bagi yang terbaik. Kita akan jaga dia betul-betul. Tapi, andainya jalan korang tak panjang dan yang terbaik adalah dengan melepaskan. Lepaskan..

Sebab sekuat mana kau genggam, sebaik mana kau jaga sekalipun bila pilihan Allah tak sama dengan pilihan kita, tetap akan terpisah. Percayalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Jangan kata cinta tu sakit.
Allah ciptakan cinta itu indah. Manusia yang buatkan cinta jadi tak indah.

Hidup ni macam lumba lari kan ? Lari, jatuh, bangun balik dan lari. Jatuh lagi, bangun, lari. Tak penat ke ? Kalau penat, meh sini berjalan sebelah aku. Kita nikmati sisa hidup yang tinggal dan sayang diri sendiri.

Love,
Me.


Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


3 0 Comment: